Thursday, August 14, 2008
Hari Kedua Puluh Satu
Hari ini sepagi pensyarah tak masuk, cuma di waktu terakhir, En. Adnan masuk. Buat blog. Tapi, ada masalah nak masuk internet, jadilah kelas sembang-sembang. Hari ini semua pensyarah sebab buat persiapan Sambutan Jubli Emas IPP. Dah 50 tahun pun maktab nih..jumpa dengan Kak Hasnah dan Kak Sue dalam perjalanan ke kuliah. Kak Hasnah minta tolong buatkan assignment. Nampaknya, aku yang belum sambung belajar lagi dah kena buat assignment. Balik asrama, nonton DVD lagi. Wynnie cakap petang ni ada gotong-royong asrama. Jadi, kami dengan nakalnya, sorokkan selipar dan terus kunci pintu..rupa-rupanya, tak der pun gotong-royong. Petangnya, cikgu Zahari datang kat depan blok ambil pen drive, sebab nak minta tolong dia printkan borang claim...Malamnya, buat Visual Basic yang tertinggal masa di wad dulu. Lepas siap VB, nonton DVD dan tidur...
Hari Kedua Puluh
Sekali lagi, tiada pensyarah yang masuk..hari ini ada follow-up dengan Dato' Dr. Tan. Lepas kuliah, tumpang Pn.Goh sampai kat Masjid Seberang Jaya. Abang dan mak datang ambil dan terus ke Bagan Specialist Centre. Selepas menunggu hampir 1 1/2 jam Dato' pun datang. Alhamdulillah, sudah sihat sepenuhnya. Ubat pun dah boleh berhenti makan. Lepas ambil 'keris' dan 'lembing' abang, terus pulang ke rumah. Minta tolong abang perbaiki suara laptop..alhamdulillah, berjaya juga. Lepas maghrib, mak dan abang hantar balik ke asrama. Tak nak kelam-kabut pagi esok, jadi balik malam ni juga. Sampai di asrama, terus nonton DVD..sampai terlelap.
Hari Kesembilan Belas
Pagi ini dimulakan dengan tiada pensyarah...huhu bersantai-santai di dalam kelas jer. Lepas rehat pun tak der pensyarah lagi...jadi kami pun main-main jer..balik asrama dengan Wynnie. Lepas makan, pasang DVD...hampeh sungguh!Suara pula tak der. Setelah berhempas pulas sampai ke malam mencari suara DVD akhirnya...tidur jer.
Wednesday, August 13, 2008
Hari Kelapan Belas
Datang semula ke kuliah. Kali ini pandu sendiri tapi, bawa Pn. Goh yang tinggal di Lunas. Mungkin lepas ini akan berulang-alik dengan Pn. Goh..Ramadhan dah dekat. En. Adnan ada bertanya khabar. Lega rasanya bila aku tak ketinggalan banyak. Rupa-rupanya, pensyarah banyak yang tak masuk. Leceh juga tapi, nak buat macam mana, walaupun pensyarah tak ada tetap kena datang ke kelas juga. Kelas pagi dimulakan dengan Photoshop. Kelas yang memang sampai hari ini tak dapat nak ikut. Bukan susah nak buat cuma tak faham nak buat..jadiknya, tak reti nak buat. Hari ini belajar MS Excel. Memang dah terlepas sikit..tapi, apapun masih dapat mengikut lagi. Balik awal sebab hari Jumaat..bestnyer.......
Hari Ketujuh Belas
Hari ini masih dapat mc sehari lagi. Keluar awal dengan mak pergi ke Takaful Malaysia, buat tuntutan insurans kemudian pergi ke perpustakaan memulangkan buku dan meminjam buku baru..bosan sungguh bila tak baca buku. Sembang sekejap dengan kak Mila, kak Samehah dan kak Yanti (Pegawai Perpustakaan) bertanya khabar..memang ramah kakak-kakak ni. Jam 12tgh terus ke Hospital Kepala Batas, melawat abah di wad. Abah pun masuk wad dari Isnin sampai hari ini..demam dan jangkitan kuman di paru-paru. Lepas waktu melawat, terus ke Sunway Carnival Mall, pergi beli kasut baru dan santaikan minda selepas minggu yang menyakitkan berlalu. Jam 4.30ptg terus ke wad abah lagi..pulang rumah awal sedikit. Singgah makan dengan mak di restoran dekat rumah. Balik jer terus tidur..
Monday, August 11, 2008
Hari Keenam Belas
Paginya, terpaksa berpuasa sekali lagi. Tepat jam 11pagi, jururawat datang untuk membawa aku ke Bahagian Radiologi. Terpaksa menjalani CT Scan yang agak menggerunkan. Sampai pukul 1 tengahari masih belum selesai. Mak terpaksa pulang dahulu, sebab abang dah sampai. Lebih kurang 1o minit selepas mak pulang, baru selesai. Doktor cakap hasil CT Scan, tiada batu dalam hempedu atau pankreas. Scan semula sekali lagi..rupa-rupanya, batu itu sudah pecah sendiri dan sudah menjadi pasir. Alhamdulillah..tak perlu menjalani apa-apa pembedahan. Hari yang paling membosankan, sebab mak tak datang hari ini. Tiada pelawat pula tu. Tetiba jer dapat idea, ambil gambar dalam wad. Ada juga peluang untuk berfikir sejenak mengenang nasib diri. Tak sudah-sudah aku menyusahkan mak. Hari-hari, mak tidak berhenti berdoa untuk anak-anaknya, mengorbankan masa demi anak-anaknya, berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi setiap masalah yang dihadapi anak-anaknya dan bermacam-macam karenah anak-anak yang memusingkan kepala. Tidak pernah sedetik pun dihatinya untuk memikirkan diri sendiri. Mak pernah berkata, "kasih sayang mak terhadap anak-anaknya memang tidak pernah ditunjuk dengan kata-kata, tak perlu pengucapan yang hanya akan dilupakan selepas beberapa jam, sebaliknya perbuatan yang ditunjukkan akan kekal selamanya. Kalau anak-anak mak masih tak faham, Allah jua la yang dapat memberikan petunjuk.." Begitu dalam kata-kata mak.
Tetapi, sebagai anak mak yang paling manja, selalu jer merengek minta dibelai dan dipeluk...kadang-kadang abang pun hairan dengan adiknya yang seorang ini..masih nak bermanja dengan mak macam baru 7 tahun..Pedulikan saja kata-kata orang, yang penting diri sendiri tahu apa yang nak dibuat. Sepanjang aku sakit, perhatian dan kasih sayang mak membuatkan aku kuat semangat dan yakin menghadapi hari-hari mendatang. Memang jika emosi tidak stabil, penyakit cepat hinggap tapi, banyak juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab. Biar apapun puncanya, aku yakin ini adalah kafarah Allah terhadap aku atas segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini. Mungkin, aku tidak menyedari bahawa kadang-kadang perkara yang kecil jika dihimpunkan akan menjadi segunung dosa yang tinggi...Ampunkan aku, Ya Allah...Terima kasih, mak...
BSC
Tidur di wad sekali lagi. Kali ini di Bagan Specialist Centre. Hospital swasta. Semalam mak telefon Amir (sepupu) datang ambil mak dan aku bawa ke BSC. Doktor syak ada hepatitis, jadi terpaksa ditahan di wad. Petangnya, mak balik. Aku tidur keseorangan je malam tadi. Tapi, di tengah malam ada hampir dua pesakit lain masuk dalam bilik aku yang boleh menempatkan 6 katil tu. Pagi yang agak mengigit sebab kesejukan penghawa dingin yang agak mencengkam. Doktor datang melawat. Terpaksa menjalani ultrasound. Paginya, tak boleh makan apa-apa pun. Jam 11 pagi, jururawat datang bawa ke bilik ultrasound. Sakit mula terasa. Malangnya, gambar ultrasound tidak berapa jelas memandangkan banyak angin di dalam badan. Jadi, mungkin esok kena buat CT Scan pulak. Aku bertambah risau memandangkan kos yang agak tinggi.
Tengahari tu, mak datang. Pn. Goh pun datang juga. Bawa buah-buahan. Punyala banyak. Petangnya, kesakitan datang lagi. Jururawat bagi ubat tapi, tetap tak berkurang. Petang yang malang sebab terima tetamu yang tidak diduga dalam keadaan diri menanggung kesakitan. Tidak dapat melayan dan bersembang dengan baik. Nasib baik ada mak buat teman tetamu berbual. Malamnya, jururawat datang suntik ubat yang kuat agaknya. Sebab kesakitan dah mula hilang. Mak menemani aku malam ini..Sedih tengok pengorbanan mak.

Hari Kelima Belas
Kesakitan mula menjalar lagi. Sedangkan doktor dah izinkan aku pulang. Terpaksa doktor suntik lagi sebelum balik. Rasa nak menangis jer tapi, bila kenangkan mak ada di sisi. Tak nak bagi dia rasa risau. Cukuplah menangis di dalam hati. Balik juga dengan kesakitan yang masih terasa. Malangnya, terpaksa juga mengganggu abang jam dua belas malam. Sakit datang lagi. Abang terus bawa ke Kecemasan Seberang Jaya. Doktor suntik ubat tu lagi. Tapi, tak ditahan di wad sebab tak nak. Doktor suruh rehat setengah jam. Lepas tu, terus balik rumah abang. Tidur di rumah dia malam ni.
Hari Ke Empat Belas
Bermulalah episod aku di wad Hospital Seberang Jaya. Pagi-pagi doktor dah datang periksa. Kena ambil darah. Tangan aku dah bengkak. Doktor syak ada masalah di hati. Hepatitis katanya. Aku mula risau. Tengaharinya, mak datang. Tunggu sampai petang baru mak balik. Sakit sudah berkurangan mungkin kesan ubat penahan sakit. Asyik tidur jer. Petangnya, tetiba sakit makin menjadi-jadi. Doktor cakap pukul 8 malam baru boleh bagi ubat. Jam baru pukul 5 petang. Ada hampir 3 jam nak kena menahan sakit. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Doktor datang ambil darah lagi sekali. Akhirnya, pukul 6.30 petang baru jururawat suntik ubat. Pukul 7 malam, baru mak dan kak balik. Kesian kat mak. Malamnya, aku tertidur sampai ke pagi.
Hari Ketiga Belas
Pagi ni, abang ambil mc. Bawa abah pergi buat dialisis macam biasa. Tak dapat nak pergi ke kuliah. Ambil mc kat Dr. Barizah. Dia kata takut ada batu kat hempedu. Buat aktiviti macam biasa jer kat rumah. Malangnya, malam tu kesakitan datang lagi. Kali ini, abang bawa kak ipaq dan terus hantaq aku kat Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Kena tahan di Wad Pemerhatian. Aku suruh abang bawa balik mak. Walaupun mak berkeras nak tunggu, suruh mak balik juga. Nampak kerisauan di wajah mak. Paginya dalam pukul 9 pagi kak dan mak mai ambil. Sakit dah berkurangan. Singgah makan di BM. Kemudian, ambil kereta di pejabat abang. Lepas tu terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, tetiba jer sakit dada datang lagi. Bertahan saja sebab sedang memandu. Mak bagi ubat suruh makan dulu. Tapi, tak berhenti juga sakit tu. Maka, pandu kereta pergi ke Klinik Lunas. Dr. Rose cakap ada masalah kat Pankreas plak. Dia suruh pergi ambil darah di Klinik Padang Serai. Telefon kak ipaq, dia bawa ke Kecemasan Seberang Jaya sekali lagi. Doktor terus suruh masuk wad sebab sakit berulang. Kena masuk wad 8. Mak balik dulu dengan kak. Ambil beberapa barang keperluan. Tidur sahaja..doktor bagi ubat tahan sakit jer.
Hari Kedua Belas
Datang kelas macam biasa juga..tapi, sakit tak juga berkurangan. Hari ini pandu sendiri kereta. Singgah ambil Wynnie dulu di asrama. Kelas Authorware dan Pengaturcaraan tak berapa dapat buat hari ini, sebabnya sakit tetiba menjelma lagi. Balik rumah terus, rasa sakit makin menjadi-jadi. Alhamdulillah, sempat sampai ke rumah sebelum terjadi apa-apa. Lepas sampai rumah, tidur sahaja. Tengah malamnya, sakit tak tertanggung dah. Bawa kereta pergi rumah abang dan terus abang bawa ke kecemasan Hospital Kepala Batas. Dekat pukul 2 pagi baru dapat jumpa doktor. Doktor yang kerek boleh cakap aku pergi ke kelas lagi. Dah dekat pukul 3 pagi tak sampai umah lagi. Sakit pun tak hilang. Sabaq jer la dengan doktor ni...
Hari Kesebelas
Pagi ini balik dengan abang. Sebab dia cuti. Semalam, aku telah membuat satu keputusan yang agak mengejutkan. Ketegangan dalam rumah agak mendukacitakan sebab masih tiada tanda-tanda akan surut. Aku terpaksa melakukan tindakan drastik demi menjaga kepentingan semua pihak. Tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Kesakitan mula bermaharajalela. Kini, dada mula terasa sakit. Berpeluh-peluh aku dalam bilik berhawa dingin menahan sakit. Petang tu, sakit semakin menjadi-jadi. Malamnya, terpaksa juga menelefon kat mak, datang ambil. Terus dibawa ke Kecemasan Hospital Kepala Batas. Doktor tak bagi cuti sakit. Cuma bagi ubat penahan sakit.
Hari Kesepuluh
Hari yang paling best..sebab penghulu segala hari dan insyaAllah, ada doa yang akan dimakbulkan Allah..(banyak yang didoakan) juga hari dapat pulang ke rumah :) pinggang terasa sakit sangat hari ini..agak payah rasanya nak daki tangga naik ke kelas. Tetapi, terpaksa mengagahkan juga diri..kelas pagi ini, kuliah Photoshop, Alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal sebabnya dapat buat. Selepas Photoshop, tibalah masa untuk kelas terakhir MS Power Point dengan En. Adnan. Masih lagi berjaya membuatnya. Cuma sedikit ralat sebab tak dapat masukkan video. Internet agak lemah hari ini. Lepas kuliah, tumpang Pn. Goh sehingga ke Masjid Seberang Jaya. Terpaksa menunggu abang agak lama. Dah tu, disuruhnya naik jejantas sebab depan masjid dah mula sesak dengan kenderaan untuk solat Jumaat. Kesakitannya amat terasa sekali hari ni. Jalan pun macam robot. Selepas dah hantar abang balik ke pejabat, terus ke BSN untuk mengambil kad ATM BSN. Pastu, terus ke Klinik Kepala Batas. Doktor suruh buat X-Ray, bergegas pula ke Hospital Kepala Batas. Malangnya, result tak dapat diambil sebab hanya kakitangan klinik atau hospital sahaja yang boleh mengambilnya. Terpaksa menunggu sampai hari Isnin. Kesakitan semakin menjadi-jadi..tapi, masih dapat menahannya.
Hari Kesembilan
Kami dapat berita yang ADG tiada pensyarah. En. Abdul Aziz terpaksa menarik diri kerana terikat dengan kelas-kelas yang mana jadualnya agak padat. Jadi, secara tidak langsung, kami tidak perlu membuat assignment berkenaan ADG. Dah selamat satu assignment. Tinggal lagi 6 assignment menanti. Selepas rehat, En. Sobri masuk. Pengaturcaraan memang yang agak melemahkan diri sendiri...apa boleh buat.Dah siap buat tugasan VB hari ini, tibalah masa untuk dikumpulkan semua tugasan VB dalam satu folder. Malangnya, VB aku tidak menjadi sebab, salah satu pengaturcaraan dibuat dalam folder baru. Nampaknya terpaksa mula semula..memang tak puas hati, sungguh...Apapun, hari ini dapatlah pulang lebih awal sebab ADG tiada kelas. Balik asrama, lepas makan buat rutin macam biasalah..makan, tidor dan main game..tapi, entah kenapa pinggangku terasa amat sakit. Sehingga terpaksa solat dalam keadaan duduk. Rasanya letih sangat kot...
Hari Ketujuh dan Hari Kelapan
Hari Ketujuh
Hari ini sepatutnya ada taklimat dari HEP, jadi kami semua masuklah ke dewan bersama-sama guru-guru
yang dapat KDP14M Pra Sarjana OUM. Terlihat kelibat dua orang kakak senior di sekolah. Kak Hasnah
dan Kak Sue..amboi, sukanya di dalam hati dapat tengok muka yang dikenali..tambahan pulak disambut
mesra gitu..apapun, memang havoc la sat kat dalam dewan tu. Tetiba jer Mr. Tan suruh naik balik..tak
jadi rupanya. Naik atas, lecturer tak masuk. Selepas rehat giliran tutor la pulak mengambil alih kelas. Dia
ajaq Visual Basic. Ternganga aku dengan roommate masa dia menerangkan VB. Sebabnya perisian tu
kami tak install lagi masa dia dok cerita cara nak buat. Jadiklah kami orang yang sesat..(orang sesat
hmmmm) nasib baik dia jenis penyabaq..dengan selamba jer kami bagitau kami tersesat..jadik dia pun
ulang semula. Bila kami terlepas, dia patah balik. Enjoy la jugak kelas macam ni. Walaupun, benda tu
susah tapi disebabkan kesabaran En. Sabri dalam menerangkan langkah nak build up VB memang
membuatkan kami tak segan. Siap digelar pelajar nakal lagi. Sebabnya kami selalu jer terbabas..memang
susah dan rumit VB nih. Sampai naik lenguh kepala dan mata mengadap laptop. Jadik, kami pun dapat la
ilmu baru ari ini, VB yang merumitkan…
Ada seorang guru baru masuk..dari SK Mah Hua,Kg. Selamat. Dekat kampong cheq tuh..dia dok kat
Lunas, Kulim..wah! Sedaerah la plak. Siap nak hantaq aku pulang lagi..tapi, tak sesuai la..aku dah dok kat
asrama. Kesian plak kat dia. Takpalah, tengok la dua tiga minggu lagi macamana. Bulan depan dah
puasa. Mungkin nak berulang dengan dia la kot. Sebab ada masalah yang belum settle lagi kalau nak
berulang pun. Lebih baik dok kat asrama..asalkan bonda tak susah hati..
Malamnya, bonda telefon. Melepaskan geram yang terbuku di hati. Kesian kat bonda terpaksa main
telefon nak curah perasaan. Sebelum dok kat asrama selalunya bonda nanti mesti jadikan aku sebagai
sasaran..dah biasa dah..Cuma tak nampak muka jer..kalau idak ble natap muka bonda yang kemerah-
merahan menahan amarah. Lucu jugak, tapi, bonda memang marah bertempat..selagi bukannya aku
yang dimarahinya, kira okaylah tu. Setelah puas bonda melepaskan marahnya..bonda pun letak telefon.
Tak sempat aku nak bercerita pasal hari aku pada hari ini..takpalah, simpan sampai balik rumah la..ada
gak topik nak dibualkan..
Hari Kelapan
Hari ini memang hari yang agak membuatkan kami agak letih. Sebabnya ada kelas Authorware..kalau
senang macam parti Tupperware takpa la jugak..nih mak aih! Sama susah dan rumit macam VB juga.
Wynnie dah tak tahan dah..kak Liew pun macam entah ke mana..orang sebelah aku, Cikgu Zamzuri tak
yah citer la..memang advance dia tuh. Yang lain-lain, wallahua’lam apa dah jadi, aku pun tak tahu. Lepas
habis jer Authorware, Mr. Nash la plak. Kena buat movie maker. Enjoy jugak. Rupa2nya dia dah mai
kelas kami semalam, tapi tersilap waktu. Kami telefon dia guna no lain..patutla semalam dia tak masuk.
Ada sket salah faham…jadi ari ni dia pun ajaq laju la semacam..macam biasalah, assignment. Kena buat
movie maker. Punyala buntu pemikiran ini pada hari ini sebabnya Tupperware tu la..membantutkan
segala idea..jadik ada lebih kurang seminggu jer lagi nak pikirkan tajuk tugasan. Sebelum kelas dia
minggu hadapan. Tak nak pikirla lagi. Serabut jer rasanya…

Hari Keenam
Hari ini juga merupakan hari pendaftaran bagi Kursus KDP yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana. Hasil gabungan dengan OUM. Sedikit cemburu menguasai diri, bila mengetahui mereka akan
Dapat menyambung pelajaran. Apa pun, cemburu itu bagus selagi bukan cemburu buta. Dengan
menganggap ini sebagai satu persaingan yang hebat untuk memajukan diri kemudian hari. Allah telah
menyediakan yang terbaik buat semua hamba-hambaNya..tetapi, pernahkah kita tertanya apa cerita di
sebaliknya. Hikmah yang tersembunyi itu memang akan membuatkan setiap manusia terdorong untuk
melakukan yang terbaik semoga hasilnya juga yang terbaik dan tidak akan merugikan diri sendiri di hari
perhitungan. Memandangkan hari ini merupakan hari yang agak membosankan, makanya tiada banyak
aktiviti yang berlaku. Melainkan terkial-kial menyudahkan tugasan “Authorware” yang agak mencabar
kesabaran. Semuanya perlu dilakukan secara “manual” walhal hasilnya tidak jauh bezanya dengan MS
Power Point. Memang meletihkan mata dan minda. Tetapi, kenapa nak menyerah kalah. Alah bisa tegal
biasa…
Semasa kuliah, dapat sms dari bonda yang mengatakan Farhan sudah meninggal dunia..Innalillah. Tak
kusangka, Allah menyayanginya sehingga dia menderita tidak lama. Alhamdulillah kerana sedikit
sebanyak Allah telah mengurangkan beban ibu dan bapanya. Nampaknya, arwah tak sempat nak
menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang baru. Dengan apa yang berlaku, hatiku hanya
teringatkan abah. Abah yang sedang menjalani rawatan dialysis seperti Farhan, mungkin bila-bila masa
saja akan dijemput pulang. Tetapi, apakah pada masa itu..aku sempat berada disisinya. Sempatkah
untuk abah menyaksikan anak bongsunya melangsungkan perkahwinannya..sempatkah abah
menyaksikan cucu kesayangannya menaiki tangga sekolah..terasa berat beban di hati..tetapi, itulah
dugaan Allah buat diriku dan keluarga..mana mungkin aku dapat menerimanya dengan hati yang
tenang..melainkan Allah jua yang dapat menenangkannya.
Dalam perjalanan pulang dari cafeteria, terserempak la pula dengan Ustaz Ahmad Rusyaidi..sepantas
kilat mulut ini menegur, “Ustaz Shy” apalagi tentunya ustaz dapat meneka yang aku ini bekas AIGS. Maaf
Arn, aku terlupa nak sampaikan salam mu..tau kenapa? Terkejutnya tengok ustaz dah “gebu” la
ni..makin berisi dia..lawan kita nampaknya…alahai, hilang muka hensemnya..yang ada pipi yang
bertambah tembam dan badan yang agak berisi..memang lain bebenor..10 tahun meninggalkan alam
persekolahan, memang terasa sekali hembusan kenangannya. Bilamana setiap kali berjalan di koridor
terpaksa berpapasan dengan guru-guru AIGS..terasa bagaikan pelajar sekolah yang baru nak menduduki
SPM..tak dapat dinafikan memang nostalgia yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Subscribe to:
Posts (Atom)