Hari ini juga merupakan hari pendaftaran bagi Kursus KDP yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana. Hasil gabungan dengan OUM. Sedikit cemburu menguasai diri, bila mengetahui mereka akan
Dapat menyambung pelajaran. Apa pun, cemburu itu bagus selagi bukan cemburu buta. Dengan
menganggap ini sebagai satu persaingan yang hebat untuk memajukan diri kemudian hari. Allah telah
menyediakan yang terbaik buat semua hamba-hambaNya..tetapi, pernahkah kita tertanya apa cerita di
sebaliknya. Hikmah yang tersembunyi itu memang akan membuatkan setiap manusia terdorong untuk
melakukan yang terbaik semoga hasilnya juga yang terbaik dan tidak akan merugikan diri sendiri di hari
perhitungan. Memandangkan hari ini merupakan hari yang agak membosankan, makanya tiada banyak
aktiviti yang berlaku. Melainkan terkial-kial menyudahkan tugasan “Authorware” yang agak mencabar
kesabaran. Semuanya perlu dilakukan secara “manual” walhal hasilnya tidak jauh bezanya dengan MS
Power Point. Memang meletihkan mata dan minda. Tetapi, kenapa nak menyerah kalah. Alah bisa tegal
biasa…
Semasa kuliah, dapat sms dari bonda yang mengatakan Farhan sudah meninggal dunia..Innalillah. Tak
kusangka, Allah menyayanginya sehingga dia menderita tidak lama. Alhamdulillah kerana sedikit
sebanyak Allah telah mengurangkan beban ibu dan bapanya. Nampaknya, arwah tak sempat nak
menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang baru. Dengan apa yang berlaku, hatiku hanya
teringatkan abah. Abah yang sedang menjalani rawatan dialysis seperti Farhan, mungkin bila-bila masa
saja akan dijemput pulang. Tetapi, apakah pada masa itu..aku sempat berada disisinya. Sempatkah
untuk abah menyaksikan anak bongsunya melangsungkan perkahwinannya..sempatkah abah
menyaksikan cucu kesayangannya menaiki tangga sekolah..terasa berat beban di hati..tetapi, itulah
dugaan Allah buat diriku dan keluarga..mana mungkin aku dapat menerimanya dengan hati yang
tenang..melainkan Allah jua yang dapat menenangkannya.
Dalam perjalanan pulang dari cafeteria, terserempak la pula dengan Ustaz Ahmad Rusyaidi..sepantas
kilat mulut ini menegur, “Ustaz Shy” apalagi tentunya ustaz dapat meneka yang aku ini bekas AIGS. Maaf
Arn, aku terlupa nak sampaikan salam mu..tau kenapa? Terkejutnya tengok ustaz dah “gebu” la
ni..makin berisi dia..lawan kita nampaknya…alahai, hilang muka hensemnya..yang ada pipi yang
bertambah tembam dan badan yang agak berisi..memang lain bebenor..10 tahun meninggalkan alam
persekolahan, memang terasa sekali hembusan kenangannya. Bilamana setiap kali berjalan di koridor
terpaksa berpapasan dengan guru-guru AIGS..terasa bagaikan pelajar sekolah yang baru nak menduduki
SPM..tak dapat dinafikan memang nostalgia yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment