Monday, August 11, 2008
Hari Kesembilan
Kami dapat berita yang ADG tiada pensyarah. En. Abdul Aziz terpaksa menarik diri kerana terikat dengan kelas-kelas yang mana jadualnya agak padat. Jadi, secara tidak langsung, kami tidak perlu membuat assignment berkenaan ADG. Dah selamat satu assignment. Tinggal lagi 6 assignment menanti. Selepas rehat, En. Sobri masuk. Pengaturcaraan memang yang agak melemahkan diri sendiri...apa boleh buat.Dah siap buat tugasan VB hari ini, tibalah masa untuk dikumpulkan semua tugasan VB dalam satu folder. Malangnya, VB aku tidak menjadi sebab, salah satu pengaturcaraan dibuat dalam folder baru. Nampaknya terpaksa mula semula..memang tak puas hati, sungguh...Apapun, hari ini dapatlah pulang lebih awal sebab ADG tiada kelas. Balik asrama, lepas makan buat rutin macam biasalah..makan, tidor dan main game..tapi, entah kenapa pinggangku terasa amat sakit. Sehingga terpaksa solat dalam keadaan duduk. Rasanya letih sangat kot...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment