Pagi ni, abang ambil mc. Bawa abah pergi buat dialisis macam biasa. Tak dapat nak pergi ke kuliah. Ambil mc kat Dr. Barizah. Dia kata takut ada batu kat hempedu. Buat aktiviti macam biasa jer kat rumah. Malangnya, malam tu kesakitan datang lagi. Kali ini, abang bawa kak ipaq dan terus hantaq aku kat Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Kena tahan di Wad Pemerhatian. Aku suruh abang bawa balik mak. Walaupun mak berkeras nak tunggu, suruh mak balik juga. Nampak kerisauan di wajah mak. Paginya dalam pukul 9 pagi kak dan mak mai ambil. Sakit dah berkurangan. Singgah makan di BM. Kemudian, ambil kereta di pejabat abang. Lepas tu terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, tetiba jer sakit dada datang lagi. Bertahan saja sebab sedang memandu. Mak bagi ubat suruh makan dulu. Tapi, tak berhenti juga sakit tu. Maka, pandu kereta pergi ke Klinik Lunas. Dr. Rose cakap ada masalah kat Pankreas plak. Dia suruh pergi ambil darah di Klinik Padang Serai. Telefon kak ipaq, dia bawa ke Kecemasan Seberang Jaya sekali lagi. Doktor terus suruh masuk wad sebab sakit berulang. Kena masuk wad 8. Mak balik dulu dengan kak. Ambil beberapa barang keperluan. Tidur sahaja..doktor bagi ubat tahan sakit jer.
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment