Wednesday, August 13, 2008
Hari Ketujuh Belas
Hari ini masih dapat mc sehari lagi. Keluar awal dengan mak pergi ke Takaful Malaysia, buat tuntutan insurans kemudian pergi ke perpustakaan memulangkan buku dan meminjam buku baru..bosan sungguh bila tak baca buku. Sembang sekejap dengan kak Mila, kak Samehah dan kak Yanti (Pegawai Perpustakaan) bertanya khabar..memang ramah kakak-kakak ni. Jam 12tgh terus ke Hospital Kepala Batas, melawat abah di wad. Abah pun masuk wad dari Isnin sampai hari ini..demam dan jangkitan kuman di paru-paru. Lepas waktu melawat, terus ke Sunway Carnival Mall, pergi beli kasut baru dan santaikan minda selepas minggu yang menyakitkan berlalu. Jam 4.30ptg terus ke wad abah lagi..pulang rumah awal sedikit. Singgah makan dengan mak di restoran dekat rumah. Balik jer terus tidur..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment