Hari Ketujuh
Hari ini sepatutnya ada taklimat dari HEP, jadi kami semua masuklah ke dewan bersama-sama guru-guru
yang dapat KDP14M Pra Sarjana OUM. Terlihat kelibat dua orang kakak senior di sekolah. Kak Hasnah
dan Kak Sue..amboi, sukanya di dalam hati dapat tengok muka yang dikenali..tambahan pulak disambut
mesra gitu..apapun, memang havoc la sat kat dalam dewan tu. Tetiba jer Mr. Tan suruh naik balik..tak
jadi rupanya. Naik atas, lecturer tak masuk. Selepas rehat giliran tutor la pulak mengambil alih kelas. Dia
ajaq Visual Basic. Ternganga aku dengan roommate masa dia menerangkan VB. Sebabnya perisian tu
kami tak install lagi masa dia dok cerita cara nak buat. Jadiklah kami orang yang sesat..(orang sesat
hmmmm) nasib baik dia jenis penyabaq..dengan selamba jer kami bagitau kami tersesat..jadik dia pun
ulang semula. Bila kami terlepas, dia patah balik. Enjoy la jugak kelas macam ni. Walaupun, benda tu
susah tapi disebabkan kesabaran En. Sabri dalam menerangkan langkah nak build up VB memang
membuatkan kami tak segan. Siap digelar pelajar nakal lagi. Sebabnya kami selalu jer terbabas..memang
susah dan rumit VB nih. Sampai naik lenguh kepala dan mata mengadap laptop. Jadik, kami pun dapat la
ilmu baru ari ini, VB yang merumitkan…
Ada seorang guru baru masuk..dari SK Mah Hua,Kg. Selamat. Dekat kampong cheq tuh..dia dok kat
Lunas, Kulim..wah! Sedaerah la plak. Siap nak hantaq aku pulang lagi..tapi, tak sesuai la..aku dah dok kat
asrama. Kesian plak kat dia. Takpalah, tengok la dua tiga minggu lagi macamana. Bulan depan dah
puasa. Mungkin nak berulang dengan dia la kot. Sebab ada masalah yang belum settle lagi kalau nak
berulang pun. Lebih baik dok kat asrama..asalkan bonda tak susah hati..
Malamnya, bonda telefon. Melepaskan geram yang terbuku di hati. Kesian kat bonda terpaksa main
telefon nak curah perasaan. Sebelum dok kat asrama selalunya bonda nanti mesti jadikan aku sebagai
sasaran..dah biasa dah..Cuma tak nampak muka jer..kalau idak ble natap muka bonda yang kemerah-
merahan menahan amarah. Lucu jugak, tapi, bonda memang marah bertempat..selagi bukannya aku
yang dimarahinya, kira okaylah tu. Setelah puas bonda melepaskan marahnya..bonda pun letak telefon.
Tak sempat aku nak bercerita pasal hari aku pada hari ini..takpalah, simpan sampai balik rumah la..ada
gak topik nak dibualkan..
Hari Kelapan
Hari ini memang hari yang agak membuatkan kami agak letih. Sebabnya ada kelas Authorware..kalau
senang macam parti Tupperware takpa la jugak..nih mak aih! Sama susah dan rumit macam VB juga.
Wynnie dah tak tahan dah..kak Liew pun macam entah ke mana..orang sebelah aku, Cikgu Zamzuri tak
yah citer la..memang advance dia tuh. Yang lain-lain, wallahua’lam apa dah jadi, aku pun tak tahu. Lepas
habis jer Authorware, Mr. Nash la plak. Kena buat movie maker. Enjoy jugak. Rupa2nya dia dah mai
kelas kami semalam, tapi tersilap waktu. Kami telefon dia guna no lain..patutla semalam dia tak masuk.
Ada sket salah faham…jadi ari ni dia pun ajaq laju la semacam..macam biasalah, assignment. Kena buat
movie maker. Punyala buntu pemikiran ini pada hari ini sebabnya Tupperware tu la..membantutkan
segala idea..jadik ada lebih kurang seminggu jer lagi nak pikirkan tajuk tugasan. Sebelum kelas dia
minggu hadapan. Tak nak pikirla lagi. Serabut jer rasanya…
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment