Sunday, January 25, 2009

Wanita dan Rama-Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


* dipetik daripada Dr. HM Tuah dari laman web iluvislam.com

Sunday, January 11, 2009

I Can Make It Through The Rain



When you get caught in the rain with no where to run

When you're distraught and in pain without anyone

When you keep crying out to be saved

But nobody comes and you feel so far away

That you just can't find your way home

You can get there alone

It's okay, what you say is

I can make it through the rain

I can stand up once again on my own

And I know that

I'm strong enough to mend

And every time

I feel afraid I hold tighter to my faith

And I live one more day and

I make it through the rain

And if you keep falling down

don't you dare give in

You will arise safe and sound, s

o keep pressing on steadfastly

And you'll find what you need to prevail

What you say is

I can make it through the rain

I can stand up once again on my own

And I know that I'm strong enough to mend

And every time I feel afraid I hold tighter to my faith

And I live one more day and

I make it through the rain

And when the rain blows, as shadows grow close don't be afraid

There's nothing you can't face

And should they tell you you'll never pull through

Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain

I can stand up once again on my own

And I know that I'm strong enough to mend

And every time I feel afraid I hold tighter to my faith

And I live one more day and I make it through the rain

I can make it through the rain

And I live once again

And I live one more day

And I can make it through the rain

(Yes you can)

You will make it through the rain

Ucapan Cinta Terakhir



Carol telah kehilangan suaminya yang tercinta apabila terlibat dalam satu kemalangan Jalan raya. Jim, 52, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kerja. Sedihnya, Jim dilanggar oleh remaja yang berada di bawah pengaruh alcohol. Hari itu hari ulang tahun Carol ke 50 dan Jim sudah membelikan dua tiket penerbangan ke Hawaii. Dia ingin memberi kejutan kepada isteri kesayangannya. Sayangnya, hajat Jim tidak kesampaian.
“Bagaimana kamu mampu mengatasinya?” tanyaku pada Carol, setahun kemudian. Mata Carol basah dek air mata. Aku fikir, aku sudah salah bicara tetapi dengan lembut, Carol meraih tanganku dan berkata, “Tak mengapa. Aku ingin menceritakan kepadamu. Ketika aku dan Jim berkahwin, aku berjanji bahawa setiap pagi sebelum dia berangkat ke mana-mana, aku mesti mengatakan bahawa aku mencintainya. Dia juga membuat janji yang sama,. Akhirnya, hal itu menjadi semacam gurauan di antara kami.”
“Ketika anak-anak mulai lahir, sulit untuk menepati janji itu. Aku ingat aku suka lari ke keretanya sambil berkata, ‘Aku Mencintaimu’, dengan gigi terkatup rapat kalau aku sedang marah. Kadang aku pula yang ke pejabatnya untuk menaruh Catatan kecil di keretanya. Banyak kenangan kami tentang kebiasaan mengucapkan cinta ini setiap hari, sepanjang kehidupan perkahwinan kami. Pada pagi Jim meninggal, ia menaruh kad ulang tahun di dapur, kemudian senyap-senyap dia menuju ke kenderaannya.
“Aku dengar enjin keretanya dihidupkan. Jangan cuba-cuba hendak melarikan diri ya, fikirku. Aku lari dan mengetuk tingkap keretanya sampai ia membukanya. “Hari ini, pada ulang tahunku yang kelima puluh, James E. Garret, aku, Carol Garret, ingin Menyatakan bahawa aku mencintaimu.” Kerana itulah aku mampu tabah menghadapi dugaan itu. Kerana aku tahu bahawa kata-kata terakhir yang ku ucapkan pada Jim adalah “Aku Mencintaimu”.

Lompat Si Belalang Lompat


Di sebuah hutan, hidup seekor belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi di antara belalang lainnya. Belalang ini sangat bangga dengan kemampuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya terbang ke desa tersebut.
Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar. Belalang bertanya, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan di sini?” “Aku penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini,” jawab anjing dengan sombongnya. “Hello, tidak semua binatang boleh kau kalahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi antara kita.”
“Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompat pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu. Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.
Namun, ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa si anjing berkata, “Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “Belum. Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”
“Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang. “Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat tapi, dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatanya hanya setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya.
Belalang menjadi pemenang untuk lumba kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum ada. Kita seri dan harus mengadakan lumba ketiga,” kata si anjing, “Tidak perlu,” jawab si belalang. “Kerana pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah mereka yang menentukan standard perlumbaannya.
“Pada lumba pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.” “Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampui standard dirimu sendiri. Setuju?”
Pengajarannya, betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain – profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya, seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan-perasaan negatif seperti iri hati atau kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampui orang lain.
Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih sihat dari tahun sebelum-sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan yang disebarkan ditingkatkan dari tahun silam; tali siratulrahim direntangkan dengan lebih lebar; kualiti ibadah diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang dan sebagainya.Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengki, rasa kecewa pada diri yang akhirnya bukan sahaja boleh membinasakan tubuh badan tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahkan rekod peribadi yang baru, melampui rekod yang tercapai di masa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.

Saturday, January 10, 2009

6 Harapan yang menggunung

Tekanan! Memang agak tertekan pada hari pertama mendapat jadual kelas dan persendirian yang baru. Kena mengajar tahun 6..kelas paling belakang pulak tu..memang nampak menggerunkan. Tapi, bila difikir-fikirkan, ini bukanlah kali pertama dalam tempoh hampir 7 tahun dalam bidang pendidikan mengajar tahun 6. Cuma, berbeza situasi dan golongan pelajar. Ada banyak kelebihan dan kekurangan apabila mengajar tahun 6 Harapan..senang untuk menanda kertas peperiksaan, kalau peratus jatuh pun kurang dimarahi (guru besar lebih memahami situasinya), tidak perlu menyediakan rancangan mengajar yang hebat atau dahsyat..tetapi, susah untuk membuatkan setiap pelajar memahami apa yang diajar..apatah lagi bahasa asing (Bahasa Inggeris), susah mengawal displin setiap pelajar baik lelaki atau perempuan, susah meminta kerjasama mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan..
hmmmmmmm, setiap hari ada sahaja perkara yang akan menyentuh naluri seorang guru setiap kali mengajar kelas ini..walau macamana payah sekalipun, hati ini terdetik rasa girang apabila ada beberapa pelajar yang sudi bertanyakan soalan latihan yang dikemukakan. Walaupun, hanya satu soalan, tetapi, saat dan detik itu amat dihargai..hanya mereka yang mengalami situasi begini akan memahaminya...
Lupakan pasal UPSR, lupakan pasal peperiksaan, lupakan pasal peratus yang perlu dinaikkan..yang penting memfokuskan kepada setiap pelajar supaya memahami dan mengerti bahawa Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang menakutkan dan tidak perlu dikeluhkan setiap kali tiba waktu belajar Bahasa Inggeris..memang susah apabila ingin menaikkan semangat pelajar yang sedia ada sebati dengan sifat malas dan enggan berusaha..hanya berdoa sahaja kepada Allah, kerana setiap kesusahan itu ada kemudahan...

Tahun Baru

Tahun Baru menjelang..segala-galanya tetap sama. Masih orang yang sama. Masih identiti yang sama. Mungkin barangkali hanya usia yang menginjak ke angka lebih besar...ada orang mengatakan usia hanya angka..yang penting isi dalaman yang berjiwa muda. Maka, akan terzahirlah personaliti yang nampak muda. Semua orang suka dikatakan muda daripada usia. Tapi, ada juga yang suka biar nampak matang daripada usia sebenar. Apapun, kata orang...yang penting cara pemikiran dan pembawaan diri di khalayak ramai. Kalau usia dah lanjut tapi masih terkinja-kinja macam golongan remaja memang nampak menjengkelkan..kalau usia masih muda tapi suka mengarah orang yang lebih tua, memang menyampah..nampak sangat nak tunjuk kehebatan..
Jadi, biar apapun usia kita, biarlah bertindak mengikut kesesuaian keadaan dan situasi. Jangan biarkan diri dibelenggu dan dihimpit keegoan diri. Percaya pada gerak hati itu memang bagus tapi lebih bagus lagi kalau sesekali mengikut kelogikan akal dan nafsu iman. Jadikan iman sebagai landasan dalam membuat keputusan dan bertindaklah mengikut kewajaran situasi yang dihadapi. Percayalah, setiap urusan Allah itu tidak dijadikan sia-sia, hanya kita sebagai hambaNYA sahaja yang sering mensia-siakan segala nikmat dan rahmat daripadaNYA..alangkah ruginya kita pada masa pengadilan nanti...