
Carol telah kehilangan suaminya yang tercinta apabila terlibat dalam satu kemalangan Jalan raya. Jim, 52, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kerja. Sedihnya, Jim dilanggar oleh remaja yang berada di bawah pengaruh alcohol. Hari itu hari ulang tahun Carol ke 50 dan Jim sudah membelikan dua tiket penerbangan ke Hawaii. Dia ingin memberi kejutan kepada isteri kesayangannya. Sayangnya, hajat Jim tidak kesampaian.
“Bagaimana kamu mampu mengatasinya?” tanyaku pada Carol, setahun kemudian. Mata Carol basah dek air mata. Aku fikir, aku sudah salah bicara tetapi dengan lembut, Carol meraih tanganku dan berkata, “Tak mengapa. Aku ingin menceritakan kepadamu. Ketika aku dan Jim berkahwin, aku berjanji bahawa setiap pagi sebelum dia berangkat ke mana-mana, aku mesti mengatakan bahawa aku mencintainya. Dia juga membuat janji yang sama,. Akhirnya, hal itu menjadi semacam gurauan di antara kami.”
“Ketika anak-anak mulai lahir, sulit untuk menepati janji itu. Aku ingat aku suka lari ke keretanya sambil berkata, ‘Aku Mencintaimu’, dengan gigi terkatup rapat kalau aku sedang marah. Kadang aku pula yang ke pejabatnya untuk menaruh Catatan kecil di keretanya. Banyak kenangan kami tentang kebiasaan mengucapkan cinta ini setiap hari, sepanjang kehidupan perkahwinan kami. Pada pagi Jim meninggal, ia menaruh kad ulang tahun di dapur, kemudian senyap-senyap dia menuju ke kenderaannya.
“Aku dengar enjin keretanya dihidupkan. Jangan cuba-cuba hendak melarikan diri ya, fikirku. Aku lari dan mengetuk tingkap keretanya sampai ia membukanya. “Hari ini, pada ulang tahunku yang kelima puluh, James E. Garret, aku, Carol Garret, ingin Menyatakan bahawa aku mencintaimu.” Kerana itulah aku mampu tabah menghadapi dugaan itu. Kerana aku tahu bahawa kata-kata terakhir yang ku ucapkan pada Jim adalah “Aku Mencintaimu”.





No comments:
Post a Comment