Sunday, May 24, 2009



Kesedihan itu adalah teman rapatku...

Kesedihan itu adalah teman bicaraku...

Kesedihan itu adalah teman tidurku...

Mudahan Ya Allah, Engkau kekalkan kesedihan di hatiku...

Mudahan Ya Allah, Engkau ciptakan kesedihan buat rawanku...

Mudahan Ya Allah, janganlah Engkau pisahkan aku dengan kesedihanku...

Kerana tanpa kesedihan..hatiku akan bertambah sedih...

Biarlah hatiku yang lebur ini menjadi penawar

kelukaan yang tidak akan terubat lagi...

Kerana hanya dengan kesedihan aku kenal diriku...

Aku kenal arah tujuku..

Kerana kesedihan itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupku...



Bila akan ku temui sebahagian tulang rusukku....?

Happy Teacher's Day to all the teachers..

Sunday, May 17, 2009

Kitakah Guru Itu??




Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin: cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.
Selamat Hari Guru...Guru Pembina Negara Bangsa...
Terima kasih, cikgu..budi kalian Allah jua layak membalasnya...

Sunday, May 10, 2009

Mum, I Love You...

Mum,
I am not a good singer and to avoid you have an earache..so, please take your time to listen and enjoy this vid..okay...


Saturday, May 9, 2009

A Letter For My Mum...Happy Mother's Day, Mum!











Dear Mum,
I'm sorry because I wrote this letter in English Language..as you know, I'm taking a huge step to keep myself learning something new..exploring new adventures..experiencing new life..
I remembered the day you asked me to make a decision on my own..I was so frustrated as I assumed you didn't want to take care of me anymore..But, as usual I was wrong, you only given me a chance to find what's good in myself..knowing myself better. I totally freaked out when I learned that I can manage to do anything..after all this time, you are the one who keep controlled and guided me on how to manage my life..nevertheless, I really missed you nag...
A few months ago, I was sicked and it was a bad year for me..and of course to you..I could see you were panic and wasn't sure of anything..then, you make a drastic decision..you admitted me in a private hospital..I wasn't okay with that decision but, I really wasn't clear with myself on that time. On my second day in a hospital, I went to see a doctor..and she said something that's really made myself guilty for a whole life.."Every mom will take any action no matter what the cost is.." It showed that I always on the top of your heart..It just that I liked to pretend it wasn't like that :)
Mum,
I know and I always know, you want the best for your children..however, don't neglect that sometimes, when your kids made some decisions it is also for your own good..it just that in our helpless way..we are not blessed with super power to make this world as a better place..we just have a tiny heart with big ambitions and dreams..many people used to say..dreams do come true..it just won't happen immediately..it takes time..therefore, my dear mum..have a little mercy on me..let us pray for the rainbow to show up in our life..be strong with me, be tough with me, be patience with me...don' let yourself drowning in the messy river of life..don't let yourself down..don't let the fear of losing something be part of you..don't let the grievness of this life be your meal of a day..
Mum,
I am strong because you are here...I am tough because you are here...I am keeping my anger in myself because you are here...I am swallowing my own tears because you are here...stay with me, mum..keep on smiling, mum..keep on fighting them, mum..we are not loser..we are the winner in our own victory..we can do it..because we always know ALLAH is with us every seconds, every minutes, every hours and everytime...
Mum,
I wanna wish you a very "HAPPY MOTHER'S DAY" and my wish is not only for this day because you know I always say "I LOVE YOU" no doubt about it and you know it is true..and pure..I am apologizing for every single tiny or big mistakes I have done in my life..trust me, I have no intention to make you sad and disappointed with me..I know I have made your heart broken into pieces, I wish I could glued it back but, the scars will always be there..it couldn't be removed for the rest of my life..and I am really sorry for that..my love is always for you..

Sincerely,
Your Daughter...


A gift for you... :)

KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu. Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu. Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.”
"Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.
Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)
*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar
*Dipetik daripada www.iluvislam.com

Thursday, May 7, 2009

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)
Petikan daripada www.iluvislam.com

Wednesday, May 6, 2009

M.O.U For All Teachers

  • Listen to our sorrows and be our mum and dad when they are not around.
  • Put on a smile when you are in class.
  • Melt every cold heart and mould them into warm and caring ones.
  • Realise that we learn and do things differently.
  • Accept us for what we are.
  • Realise that each of us has our own strengths, and do not just focus on our weaknesses.
  • Keep an open mind about everything and not have preconceived ideas about us.
  • Ensure that we all read can, as reading is God’s greatest gift for the mind and the soul.
  • Turn us into useful decent human beings.
  • Stop preaching and start educating.
  • Be a shoulder to cry on, even if it’s only for a moment or two.
  • Ask every child in school to say one pleasant word to another person, every day.
  • Create more fun activities in the school’s clubs and societies so that we will stay away from gangs, drugs and crimes.
  • Listen to us.
  • Make sure everyone has enough playtimes because we are children, after all.
  • Ensure that all children go to school and let them know they are not alone.
    Like us and care for us, as love is all that the world needs.

Inspirasi Seorang Profesor

Dalam kelas falsafah, seorang profesor berdiri di depan dewan kuliah. Di atas meja di depannya terdapat beberapa balang. Tanpa bercakap sepatah pun, dia memulakan kelas dengan mengambil sebuah balang yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia bertanya pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "Ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dalam balang tadi, lantas menggocang lembut balang tersebut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya, samada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab, "ya!"
Tanpa menjelaskan apa-apa, profesor mengambil pula sebuah kotak berisi pasir dan menuangkan ke dalam balang tersebut. Pasir pun mengisi ruangan di antara batu kerikil dan bola golf. Dia bertanya lagi, adakah balang tersebut penuh. Sekali lagi, walaupun penuh persoalan, rata-rata pelajar menjawab, "ya!"
Profesor keluarkan pula dua cawan kopi dan menuangkan kopi itu ke dalam balang. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar ketawa melihat tindakan profesor. "Sekarang..." profesor mula bersuara apabila reda gelak ketawa pelajarnya.
"Saya mahu anda menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola golf mewakili perkara penting..Tuhan, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan semangat anda..jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini mewakili perkara penting lain seperti kerja, rumah atau kereta. Manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, iaitu perkara-perkara kecil.." Sambungnya lagi..
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan. Jika anda menghabiskan tenaga dan masa untuk perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.."
Melihat pelajar tercengang, profesor menyambung, "Ambil perhatian pada perkara yang kritikal untuk kebahagian anda. Luangkan masa gembira bersama anak-anak dan keluarga. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan makan malam. Yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu..iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain hanya pasir.."
Seorang pelajar mengangkat tangan dan bertanya apa yang diwakili air kopi. Profesor tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Kopi menunjukkan bahawa tidak kira penuh mana pun kehidupan, anda akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan...."