Wednesday, May 6, 2009

Inspirasi Seorang Profesor

Dalam kelas falsafah, seorang profesor berdiri di depan dewan kuliah. Di atas meja di depannya terdapat beberapa balang. Tanpa bercakap sepatah pun, dia memulakan kelas dengan mengambil sebuah balang yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia bertanya pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "Ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dalam balang tadi, lantas menggocang lembut balang tersebut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya, samada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab, "ya!"
Tanpa menjelaskan apa-apa, profesor mengambil pula sebuah kotak berisi pasir dan menuangkan ke dalam balang tersebut. Pasir pun mengisi ruangan di antara batu kerikil dan bola golf. Dia bertanya lagi, adakah balang tersebut penuh. Sekali lagi, walaupun penuh persoalan, rata-rata pelajar menjawab, "ya!"
Profesor keluarkan pula dua cawan kopi dan menuangkan kopi itu ke dalam balang. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar ketawa melihat tindakan profesor. "Sekarang..." profesor mula bersuara apabila reda gelak ketawa pelajarnya.
"Saya mahu anda menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola golf mewakili perkara penting..Tuhan, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan semangat anda..jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini mewakili perkara penting lain seperti kerja, rumah atau kereta. Manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, iaitu perkara-perkara kecil.." Sambungnya lagi..
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu, anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan. Jika anda menghabiskan tenaga dan masa untuk perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.."
Melihat pelajar tercengang, profesor menyambung, "Ambil perhatian pada perkara yang kritikal untuk kebahagian anda. Luangkan masa gembira bersama anak-anak dan keluarga. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan makan malam. Yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu..iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain hanya pasir.."
Seorang pelajar mengangkat tangan dan bertanya apa yang diwakili air kopi. Profesor tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Kopi menunjukkan bahawa tidak kira penuh mana pun kehidupan, anda akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan...."

No comments: